Skip to main content

Advertisement

Bola Keranjang

Bogut sah sertai Cavaliers

bogut-signs-with-cavs-seeking-another-nba-title.jpg

Andrew Bogut kembali dalam misi merebut kejuaraan NBA buat kali kedua dalam kariernya selepas disahkan menyertai peyandang juara, Cleveland Cavaliers.

Pemain berusia 32 tahun itu telah mengikat kontrak bersama Cavs, semalam, sekaligus menamatkan minggu sukar buat pemain itu yang telah ditukarkan dari Dallas Mavericks kepada 76ers sebelum dilepaskan Philadephia beberapa hari selepas itu.

Bagaimanapun, bekas bintang Golden State Warriors itu, yang mengutip purata 5.5 mata, 7.6 rebound dan 1.5 block dalam 58 penampilan, dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan lain sehinggalah Cavaliers menjadi pilihan utamanya.

Pemain veteran Australia itu cukup mengenali rakan sepasukan barunya itu ekoran berdepan mereka dalam aksi Final NBA dalam dua musim berturut-turut, sebelum ini.

Kini dia bakal membantu Cavs dalam misi mengekalkan kejuaraan NBA di Cleveland dengan menyertai pasukan yang memiliki rekod terbaik di Eastern Conference.

Cavaliers turut membawa masuk point guard veteran , Deron Williams, minggu ini dalam misi mengukuhkan roster menjelang perlawanan play off.

Advertisement

Must Watch Video