Pemain hoki wanita negara, Nuraini Abdul Rashid dan Fatin Shafika Mohd Sukri, menganggap tempoh persiapan singkat sebagai punca mereka langkah kiri dalam kempen Liga Perdana Hoki England apabila tewas 2-3 kepada Hampstead & Westminster, minggu lalu.
Biarpun ini merupakan kekalahan liga pertama buat East Grinstead sejak 728 hari, ia tidak mematahkan semangat pemain wanita negara untuk membantu pasukannya berpangkalan di England itu berada di kelompok atasan.
"Sebelum ini kami seri dengan mereka cuma kali ini kami ketinggalan dan cuba bangkit, tapi rezeki tidak menyebelahi kami.
"Perlawanan ini begitu berkualiti dan ia merupakan penampilan pertama saya.
"Saya menjangkakan lawan yang lain akan mempamerkan kualiti berbeza," kata Nuraini.
Menurut Fatin Shafika pula: "Ini kali pertama jurulatih menurunkan saya sejak suku pertama lagi.
"Rentak permainan dan keserasian dengan rakan sepasukan agar sukar atas sebab kuarantin.
"Ia tidak mematahkan saya dan sekurang-kurangnya kami masih berpeluang untuk bangkit dalam perlawanan berikutnya."