CUB PRIX
Bimbang banyak pasukan Cub Prix gulung tikar
Presiden Persatuan Permotoran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSBWPKL), Shahrol Yuzy, melahirkan kegusaran terhadap nasib beberapa pasukan Cub Prix yang bakal terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula Selasa ini.
Impak kali ini dijangka lebih teruk berbanding situasi yang dialami tahun lalu dan tidak menolak kemungkinan jika ia berlarutan lebih lama, maka banyak pasukan bakal gulung tikar.
Iklan
Ditambah pula pusingan ketiga perlumbaan Cub Prix di Tangkak telah ditunda.
Kebarangkalian tinggi pusingan keempat di Kuala Terengganu yang dijadual pada 26 Jun depan juga bakal mengalami nasib sama.
Ternyata PKP kali ini banyak memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk pihak dalam industri sukan,.
Beberapa pengusaha gimnasium juga telah mengumumkan terpaksa gulung tikar dalam laporan Astro Arena sebelum ini.
"Apa PKP 3.0 ini, sudah pasti kami tidak dapat bayaran.
"Jadi macam mana kami nak bayar gaji kakitangan, pelumba.
"Kalau sampai hujung tahun tidak ada perlumbaan, kami tidak dapat bertahan maka terpaksalah buang kakitangan.
"Ini yang dihadapi pasukan dan penganjur perlumbaan.
"Kalau PKP penuh ketiga ini masih tidak dapat mencari jalannya hingga September ini, sudah pasti lebih banyak industri sukan akan tutup buku, akan lingkup," katanya.
Must-Watch Video