Skip to main content

Permotoran

Best of 2024: Faizal Bazari pilih momen Hafizh Syahrin beraksi di ARRC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faizal_1.jpg
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, menjadikan momen melihat pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin, beraksi di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sebagai detik terbaik buat dirinya sepanjang tahun 2024.

Hafizh berjaya menamatkan kejuaraan dalam kelompok tiga terbaik secara keseluruhan dengan dia juga meraih kejuaraan Perlawanan 2 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, April lalu.  


 


"Kerana terbabit dalam membuat liputan buat pertama kali dalam kejuaraan MotoGP. Saya dapat berjumpa jaguh-jaguh handalan seperti Jorge Martin dan Francesco Bagnaia dan ramai lagi.

"Sepanjang membuat laporan untuk ARRC, saya melihat kehebatan pelumba daripada JDT Racing Team, Hafizh Syahrin yang berjaya menduduki tiga terbaik sekali gus membuktikan negara juga punyai pelumba yang baik." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video