HOKI
Berhenti sebar berita palsu -- Mirnawan
Pengurus skuad negara, Datuk Mirnawan Nawawi, menyeru agar tiada pihak terus menyebarkan berita palsu membabitkan keputusan undian peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik Paris.
Tindakan tersebut menggangu keharmonian dan persiapan skuad kendalian Arul Selvaraj ketika ini.
Tekanan tambahan yang ternyata tidak membantu skuad negara amatlah dikesali dan spekulasi itu harus dihentikan.
Iklan
Terdahulu, memetik sumber yang tidak sahih, skuad negara dikatakan berada di dalam kumpulan bersama Great Britain, Pakistan dan China dan beraksi di Muscat, Oman.
"Sebagai pengurus pasukan, saya tidak mahu mendengar sebarang spekulasi mengenai kelayakan Sukan Olimpik," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Kemungkinan FIH minggu hadapan akan mengumumkan secara rasmi pasukan yang bakal layak beraksi dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik, pasukan mana yang bakal beraksi di Sepanyol dan Oman."
Must-Watch Video