Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mengidam untuk menamatkan kemarau 10 tahun untuk mengatasi rekod kebangsaan pecut berpasukan lelaki, 44.725 saat, apabila turun pada hari pertama saingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta yang baru siap dibina, esok.
Azizulhasni mendedahkan dia lebih mengutamakan untuk melakar catatan terbaik berbanding prospek medal kerana mempunyai alasan tersendiri.
"Matlamat utama kami adalah untuk memecah rekod kebangsaan pecut berpasukan lelaki yang dilakukan saya bersama-sama Josiah Ng dan Rizal Tisin dalam Sukan Olimpik Beijing.
"Saya yakin dan percaya, kalau boleh memecah rekod tersebut bermakna kami boleh meraih pingat tetapi kilauannya belum pasti," katanya.
Dia juga berharap segala perancangan berjalan lancar sambil menuntut suhu yang lebih sesuai di Velodrom Antarabangsa Jakarta untuk membantu skuad berpasukan lelaki menunaikan hasrat tersebut.
"Tidak banyak bezanya. Cuma memandangkan velodrom di sini masih baru, treknya lebih lancar.
"Tetapi, saya harap mereka akan meningkatkan suhu di dalam veldorom, ia akan menjadi faktor penentu catatan masa yang lebih pantas," katanya lagi.