Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, menyifatkan perang psikologi menjadi senjata rahsianya sehingga membolehkan dia mara ke final acara pecut individu lelaki, hari ini.
Azizulhasni menundukkan wakil Korea Selatan, Im Chae-bin, dalam separuh akhir, sekali gus menempah tiket ke final dalam usaha memburu kutipan pingat emas kelima buat kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia 2018.
"Syukur, terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong dan mendoakan saya. Mereka membantu dan memberikan semangat kepada saya," kata Azizulhasni.
Bagi Azizulhasni, perlumbaan hari ini jelas sangat sengit apabila dia terpaksa berdepan Chae-bin selaku pelumba terpantas ketika pusingan kelayakan dan pemegang rekod Sukan Asia dengan catatan 9.8 saat.
"Acara ini berkisar tentang permainan minda, taktikal, psikologi dan perancangan. Setiap kali melakukan pergerakan, bermula daripada sesi pemanas badan, ia tetap mempunyai muslihat tersendiri.
"Saya yakin sejak daripada awal mampu mengatasinya dan melihat mudah untuk menewaskan Chae-bin."
Jaguh kebangsaan itu bakal berdepan Tomohiro Fukaya dari Jepun dalam final selepas lawan itu menewaskan rakan sepasukan Azizulhasni, Shah Firdaus Sahrom, di peringkat separuh akhir.
"Sebenarnya, Shah Firdaus mampu menundukkan Fukaya. Cuma, faktor pengalaman memainkan peranan kerana Shah Firdaus lebih berkelebihan daripada segi kekuatan.
"Pelumba Jepun banyak menyertai perlumbaan, jadi Fukaya lebih berpengalaman berbanding Shah Firdaus. Saya dapat lihat Shah Firdaus agak kekok dalam perlumbaan kedua," tambahnya.
"Untuk berdepan Fukaya, ia adalah satu lagi perlumbaan dan saya tidak boleh memandang mudah dan semestinya perlu menghormati pihak lawan.
"Saya hanya fokus kepada prestasi dan mahu menghadiahkan emas buat Malaysia."
Sementara itu, Shah Firdaus mengakui silap percaturan menjadi faktor dia gagal menyaingi Fukaya ketika separuh akhir, sekali gus terlepas impian untuk berentap dengan Azizulhasni dalam penentuan emas.
"Untuk aksi pertama, saya agak gemuruh. Banyak perkara yang difikirkan dan aksi kedua menyaksikan saya melakukan banyak kesilapan.
"Saya cuba untuk menarik perhatian Fukaya dan memperlahankan kayuhannya tetapi apabila menoleh ke belakang, dia sudah berada pada kelajuan maksimum.
"Saya tetap mencuba tetapi sudah terlewat. Saya akan cuba yang terbaik untuk menghadiahkan gangsa," ujar Shah Firdaus.