Menerusi pertemuan dengan olimpian negara itu baru-baru ini, Nazifuddin memaklumkan Azizulhasni memerlukan sokongan terutama daripada aspek sains sukan bagi memaksimumkan prestasinya.
MOM percaya permintaan daripada pemenang pingat perak temasya Olimpik Tokyo itu mampu direalisasikan memandangkan ia bukanlah permintaan luar biasa.
Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memberi jaminan untuk terus beri sokongan berterusan buat pelumba negara serta barisan atlet Program Road to Gold dalam misi memburu emas pertama Malaysia dalam temasya itu.
"Apa yang dibangkitkan beliau, kami telah cuba bantu daripada segi ISN (Institut Sukan Negara).
GOOD NEWS TO SHARE WITH YOU GUYS ??
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) June 22, 2023
CURRENT WORLD RANKING FOR KEIRIN
???? pic.twitter.com/aAkShxsfQ0
"Kali ini kami beri tumpuan penuh kepada Datuk Azizul dengan harapan dia akan membawa pingat yang tertinggi, iaitu kami harap emas.
"Tapi kami tidak mahu menekannya, kami akan kasi sokongan penuh dan yang penting dia di tahap terbaik untuk Paris.
"Kebanyakan isu (yang kami bantu) adalah sokongan sampingan daripada segi perkhidmatan ISN.
"Dalam RTG, kami hanya (menawarkan) khidmat sokongan, apa yang kurang kami cuba penuhi.
"Kami tidak mempunyai masa yang panjang untuk Paris ini, jadi kami akan buat yang terbaik untuknya," katanya.