Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, mengakui Malaysia mempunyai barisan pelapis dalam sukan itu yang mampu menyambung legasinya atau melakar kejayaan lebih membanggakan.
Selain kagum dengan mentaliti juara yang dimiliki barisan pelumba muda, Azizulhasni, yang merupakan antara prospek pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, berkata mereka turut memiliki pakej fizikal yang baik.
Bagaimanapun, bekas juara dunia keirin itu menjelaskan dua elemen itu tidak membawa sebarang makna jika tiada pemantauan rapi dan tiada pendedahan kepada perlumbaan secukupnya sebagai platform untuk menimba pengalaman.
"Kita ada lebih enam pelumba muda yang memang berkemahiran tinggi untuk pergi jauh dan mereka memang ada mentaliti untuk menjadi juara dunia. Mereka ada kemahuan, mereka sangat berdedikasi dan berdisiplin tinggi.
"Kalau cakap daripada segi saiz fizikal mereka, mereka memang mempunyai kelebihan yang jauh lebih baik daripada saya dan sekarang mereka berada di tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan saya sewaktu seusia mereka.
"Tetapi mereka kurang daripada segi keyakinan. Jadi, bagi saya, mereka perlukan pendedahan yang lebih luas, mereka perlu berlumba dan mereka perlukan konsistensi dalam persekitaraan seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2019, hari ini.
Pada hari terakhir kejohanan di Velodrom Nasional, Nilai itu, Azizulhasni yang mewakili Terengganu merangkul pingat emas ketiga. Selepas memenangi acara pecut dan 1 kilometer ujian masa semalam, dia mengungguli acara keirin dengan kepantasan 10.924s.
Dia menewaskan dua pelumba dari Selangor yang juga pelumba kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis (perak) sementara gangsa dimenangi Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin.
"Perlumbaan keirin hari ini agak kompetitif, banyak saingan diberikan. Saya bersyukur dapat raih emas ketiga, terutama saya berasa agak lesu dan mengantuk hari ini sebab berlumba dari minggu lepas lagi, ditambah pula menyertai acara 1km dan pecut," tambahnya.
-- BERNAMA