Jaguh lumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang, menganggap kedudukan kelima terpantas dalam sesi kelayakan acara pecut lelaki sudah memadai buat ketika ini kerana saingan sebenar hanya akan bermula di peringkat suku akhir nanti.
Azizulhasni menduduki tangga kelima terpantas ketika pusingan kelayakan, selepas mencatat masa 10.046 saat, sekaligus terlepas peluang untuk memperbaharui rekod peribadi, 9.774s, yang dilakukan ketika Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai, Mac lalu.
"Sewaktu berlepas, segalanya lancar. Cuma, selepas itu saya melakukan kesilapan di bahagian selekoh sehingga memberi kesan kepada catatan masa, menurun dari 0.49s sehingga 0.51s. Kebiasaannya, ia hanya 0.51s atau kekal pada 0.49s.
"Ia juga menyebabkan saya berada di kedudukan kelima. Namun, ia tidak menggusarkan saya kerana apa yang penting adalah sewaktu memulakan kayuhan. Daripada segi kedudukan, masih lagi awal. Aksi di suku akhir lebih penting dan memerlukan fokus," katanya.
Dalam masa sama, Azizulhasni yang mengutip pingat perak menerusi acara pecut berpasukan turut optimis mampu mempamerkan aksi terbaik walaupun sedar dia harus memperbaiki kayuhan dengan lebih kemas menjelang aksi suku akhir, petang ini.
"Keadaan semua bagus. Cuma, acara pecut adalah tentang taktikal. Apabila berlumba, kadangkala pelumba paling laju masih boleh tewas. Taktik perlu tewas dan tidak boleh diambil mudah.
"Kebiasaannya, catatan masa tidak begitu dipandang kerana apa yang penting adalah siapa yang menang. Catatan masa amat penting ketika sesi kelayakan," ujar Azizulhasni.