BERBASIKAL
Berbasikal Trek Asia: Amarjit Singh optimis kemampuan kem negara butirkan kilauan pingat
Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Amarjit Singh Gill, meluahkan keyakinannya terhadap kemampuan kem negara dalam misi membutirkan kilauan pingat di Kejohanan Berbasikal Asia, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam arena berbasikal dunia.
Dengan prestasi barisan pelumba muda yang kini sedang meningkat naik, ia dilihat mampu memperkuatkan lagi jentera pasukan negara sambil mampu menyajikan saingan sengit kepada status pencabar.
"Meraih pingat, semestinya kamu mahukan mendapat beberapa pingat dalam kejohanan itu nanti dan atlet yang kami mahu menyerlah seperti Shah Firdaus, Nurul Izzah untuk lakukan prestasi terbaik mereka." katanya.
Iklan
Latihan intensif lengkap diberikan dalam memastikan setiap atlet berada dalam keadaan fizikal dan mental terbaik bagi menghadapi cabaran getir di pentas Asia yang dijadualkan akan membuka tirainya pada 21 hingga 27 Februari depan.
"Ini adalah kejohanan selepas Sukan Olimpik, negara-negara lain turut akan membawa atlet muda mereka. Jadi ini adalah temasya untuk melihat perbezaan jurang bersama atlet daripada negara lain seperti Jepun, China dan gergasi sukan berbasikal lain." tambahnya.
Must-Watch Video