Tiada cuti panjang buat pelumba harapan negara dalam acara berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sharom dan Farina Shawati Adnan, yang mahu memastikan Malaysia membawa pulang pingat Sukan Asia Indonesia, Ogos depan, selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Skuad berbasikal trek negara tiba di Kuala Lumpur tanpa kelibat jaguh negara, Azizulhasni Awang, dan jurulatihnya, John Beasley, yang dikhabarkan terus pulang ke pusat latihan di Melbourne.
Walaupun pulang tanpa sebarang pungutan pingat, namun sinar dalam mencari pengganti Azizulhasni sudah ditemui menerusi prestasi Shah Firdaus yang menundukkan beberapa nama besar, terutama ketika saingan acara pecut tempoh hari.
Justeru, dia tidak bercadang untuk berehat lama dan akan kembali semula berlatih di Melbourne minggu depan untuk persediaan awal menghadapi Sukan Asia yang berbaki empat bulan sahaja lagi.
"Untuk Sukan Asia ini, saya masih sasarkan podium, insya-Allah. Kita pun tahu, China, Korea Selatan dan China tidak kurang hebatnya. Mereka memang bersiap untuk temasya itu.
"Jadi, tibanya di Malaysia ini, saya ada beberapa bulan lagi untuk Sukan Asia. Kami akan membuat persiapan rapi," kata Shah Firdaus.
Begitu juga dalam acara wanita, apabila sudah ada pelumba yang mampu menghadirkan cabaran buat ratu pecut negara, Fatehah Mustapa, iaitu Farina Shawati Adnan.
Pelumba berusia 22 tahun berasal dari Selangor itu berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir keirin dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Komanwel.
Farina berkata ia satu lonjakan motivasi buat dirinya dalam persiapan menghadapi Sukan Asia.
"Perjalanan saya jauh lagi. Saya masih ada pertandingan besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Sasaran saya masih panjang lagi.
"Macam mana sekalipun, saya perlu berusaha lebih keras lagi untuk lebih maju," katanya.