Persiapan khas kuartet 4 kilometer kejar-mengejar berpasukan lelaki selama empat bulan musnah apabila Muhammad Nur Aiman Rosli bergelut untuk menjadi penyelamat di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sekali gus menyaksikan Malaysia meraih tangga ketujuh Sukan Asia dengan catatan jauh daripada rekod kebangsaan.
Aiman dimasukkan pada saat-saat akhir menggantikan Muhammad Danieal Haikal Edy Suhaidee yang mengalami demam.
Ini kali pertama Aiman beraksi dalam kejar-mengejar berpasukan lelaki dalam saingan bertaraf tinggi kerana dia lebih fokus terhadap acara omnium.
Kuartet negara beraksi baik pada 3km pertama sebelum Aiman meninggalkan kuartet kerana masalah momentum.
Situasi ini menambah beban buat baki tiga pelumba sebelum catatan dipintas Thailand pada hujung perlumbaan.
Malaysia mencatat 4 minit 15.768 saat, lebih enam saat berbanding rekod kebangsaan.
"Saya tidak berlatih dalam acara ini keranan memberikan tumpuan untuk acara omnium," kata Aiman.
"Saya akan positif untuk mendapatkan rentak dan cuba yang terbaik."
"Pertukaran saat-saat akhir ini telah menggugat usaha Malaysia untuk melakar catatan baru," kata pelumba basikal negara, Irwandie Lakasek.
Sementara itu, dalam saiangan keirin wanita, dua wakil negara, Anis Amira Rosdi dan Farina Shawati Adnan berjaya menempatkan diri ke separuh akhir.