Skip to main content

Sukan Lain

Berbasikal lebuh raya: YSD Track Series tiket laluan Khairunnisa Aleeya ke Sukan SEA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairunnisa-aleeya-saifulnizam,.jpg
Pelumba berbasikal lebuh raya Johor yang juga pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Khairunnisa Aleeya Saifulnizam, membawa misi besar dalam acara elit edurance menjelang YSD Track Series di Velodrom Nasional, Nilai yang akan bermula Sabtu ini.

Walaupun kesuntukan masa dalam menjalani persiapan, ia tidak menjadi halangan buat Khairunnisa Aleeya melakar catatan peribadi barunya serta mengejar slot ke Sukan SEA 2026 yang akan berlangsung di Nagoya, Jepun.

"Tahap persediaan saya mungkin mencapai 50 peratus dan membantu saya dekat trek, lagipun saya tetap berkayuh walaupun bercuti. 




"Jadi sesi di dalam dewan ini dapat membantu saya.

"Selepas Sukma, saya mahu memperbaiki catatan peribadi terbaik -- baik dalam acara individu dan berpasukan. Dalam masa sama, saya mahu layak ke Sukan SEA tahun depan dan Sukan Asia 2026," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

 

Advertisement

Must Watch Video