Skip to main content

Sukan Asia

Berbasikal: Jangan jadikan isu

farina.jpg
Pelumba trek wanita negara, Farina Shawati Mohd Adnan, meminta pembatalan kelayakannya ke final acara keirin Sukan Asia tidak dijadikan isu kerana mengakui melakukan kesilapan menghalang pelumba Indonesia ketika peringkat separuh akhir.

Satu pengajaran yang berguna buat atlet muda negara negara ini apabila menghalang pelumba tuan rumah, Elga Kharisma Novanda, sekali gus terlepas aksi final.

Farina, yang beraksi di Indonesia kali ini menggantikan Fatehah Mustapa, merupakan harapan negara bagi mempertahankan pingat emas negara yang dimenangi pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Dia kini akan beraksi dalam penentuan tempat ketujuh hingga ke-12.

"Saya telah berusaha sebaik mungkin. Saya agak terkejut apabila menerima bantahan yang dilakukan oleh pihak tuan rumah," kata Farina.

"Saya telah meletakkan sasaran untuk beraksi dalam separuh akhir. Selepas ini, saya akan terus beraksi dalam penentuan tempat ketujuh hingga ke-12 untuk mengutip mata," kata pelumba trek negara, Anis Amira Rosidi.

Advertisement

Must Watch Video