Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama kepada John Beasley kerana tidak dapat menghadiahkan emas sempena hari ulang tahun kelahiran jurulatih itu dalam Sukan Komanwel Gold Coast, semalam.
Meskipun berada dalam keadaan kurang sempurna ekoran masalah kesihatan, Azizulhasni tetap memasang impian untuk melakukan sesuatu buat negara dan juga kepada Beasley.
Ini kerana aksinya dalam acara keirin jatuh pada hari ulang kelahiran ke-56 jurulatihnya itu semalam.
The Pocket Rocketman mempamerkan kayuhan meyakinkan dalam dua pusingan awal, namun dia tampak gagal membendung kehebatan pelumba lain dalam aksi final apabila menamatkan saingan di tempat keenam yang juga terakhir.
Sememangnya, ia mengundang perasaan kecewa buat dirinya, apatah lagi ahli keluarganya turut hadir memberi sokongan di Velodrom Anna Meares.
"Ya. Tadi saya beritahunya (Beasley), maaf saya tidak dapat berikan hadiah pingat untuk hari jadinya. Dia cakap tiada masalah dan saya bangga dengan kamu.
"Dia pun tidak sangka saya boleh masuk final. Saya berlumba baik kecuali dalam final. Dia faham saya tidak sempat pulih dengan tahap kesihatan saya. Memang perit. Setiap kali habis berlumba, saya mahu bernafas memang sukar sekali."
Sementara itu, Beasly menambah: "Saya fikir dia berlumba dengan baik. Saya tidak menjangka dia boleh masuk ke final. Tetapi dia boleh lakukan. Ia di luar jangkaan saya."
Bekas juara dunia 2017 itu mengakhiri perlumbaan jauh di belakang juara merangkap peserta tuan rumah, Matt Glaetzer, disusuli Lewis Oliva dari Wales manakala pelumba New Zealand, Edward Dawkins, membawa pulang gangsa.
Azizulhasni sebelum ini mempunyai masalah virus di paru-paru dan ia mempengaruhi kayuhannya sejak Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Apeldoorn, Belanda, awal bulan lalu.
Sementara itu, dua lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis, tewas dalam saingan repechage kepada lawan masing-masing.
Percaturan taktikal Shah Firdaus hampir menjadi dengan terlebih dahulu melakukan henjutan ke garisan penamat, namun lawan dari Wales dan Trinidad and Tobago berjaya memintas kedudukanya pada penghujung perlumbaan.
"Saya sudah berusaha sehabis baik dan saya sudah beri apa yang saya ada. Ketika 50 meter sebelum sampai ke penamat, mereka datang.
"Saya tak boleh buat apa sebab repechage mereka ambil pemenang sahaja. Sekurang-kurangnya saya sudah melakukan yang terbaik. Saya puas hati," katanya.