Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, berhasrat untuk memadamkan rekod kebangsaan, 44.725 saat, dalam acara pecut berpasukan lelaki apabila turun pada hari pertama saingan berbasikal trek di Velodrom Antarabangsa Jakarta, hari ini.
Rekod berusia 10 tahun itu dicatat sendiri oleh Azizulhasni, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin ketika beraksi dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.
"Matlamat saya adalah untuk memecahkan rekod kebangsaan, rekod selama 10 tahun yang dicipta saya, Josiah dan Rizal pada 2008.
"Kami percaya kalau dapat memecahkan rekod tersebut, bermakna kami boleh memburu pingat.
"Tidak pasti, ia saingan untuk gangsa atau emas tetapi dalam pusingan kelayakan, kami akan pecahkan rekod kebangsaan dahulu," katanya.
Azizulhasni, yang akan bergandingan dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis, sudah membuat ujian di Velodrom Jakarta, dan dia mengakui tidak banyak perbezaan dengan Velodrom Nasional di Nilai.
"Tidak jauh bezanya. Di sini ia masih baru dan saya dapat rasakan pergerakaannya agak lancar sedikit berbanding di Nilai. Tetapi dalam sesi latihan semalam, suhu di dalam velodrom itu agak sejuk sedikit.
"Tetapi pada hari pertandingan, ia akan panas. Saya berharap suhunya boleh dipanaskan kerana ia boleh menjadi faktor kepada kepantasan dan kayuhan," katanya lagi.
Selain itu, Azizulhasni turut bertanding dalam acara keirin dan pecut.