Skip to main content

Sukan Lain

Beng Choo: ASUM belum serahkan dua pingat emas Yan Yee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bengchoo18417.jpg
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, mengesahkan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) masih belum memulangkan dua pingat emas Sukan
SEA 2017 milik penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, yang ditarik balik susulan positif doping.


Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebelum ini memutuskan dua pingat emas Yan Yee ditarik balik selepas disahkan positif doping jenis sibutramine. 

Bagaimanapun, MOM masih belum menerima pingat emas berkenaan daripada ASUM dan menjangkakan ia akan diserahkan selepas Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA)
memutuskan bentuk hukuman ke atas Yan Yee.

Beng Choo juga menjangkakan jumlah sebenar kutipan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur secara rasmi juga hanya boleh dimuktamadkan paling awal pada hujung bulan ini.

"Kami masih dalam proses untuk menyelesaikan perkara ini. Terdapat 10 negara yang bertanding dalam Sukan SEA dan kami perlu menjelaskan isu ini sebelum tamat bulan Januari," katanya.

Sementara itu, Presiden MOM, Tunku Imran Tuanku Ja'afar, turut berpendapat ASUM perlu serius mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai cadangan membentuk lima persatuan di bawah naungannya bagi mengurangkan beban tugas badan induk itu.

Jelasnya lagi, MOM hanya boleh memberi cadangan tetapi ASUM perlu arif untuk membuat sebarang keputusan demi kebaikan persatuan itu sendiri.

"ASUM perlu berbincang mengenai pembentukan lima persatuan serta mengenal pasti setiap aspek pelaksanaannya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video