Skip to main content

Sukan Lain

Bekas penembak negara meninggal dunia

251542135_4473823126064884_403707761879915757_n.jpg
Bekas atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli, 35, disahkan meninggal dunia, pagi tadi.

Berita duka mengenai pemergian atlet kelahiran Pulau Pinang itu diperolehi menerusi laman Facebook, Majlis Sukan Negara (MSN), dan setakat ini, punca kematian atlet berkenaan masih belum diketahui.

Untuk rekod, Allahyarham pernah meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheom, Korea Selatan dalam acara rifle 50 meter prone berpasukan Wanita (W) bersama dua lagi penembak negara ketika itu, Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.
 

Advertisement

Must Watch Video