Bekas juara sembilan kali, Nisha Alagasan, mengesahkan penyertaannya dalam Kejohanan Karate-Do Kebangsaan 2019 minggu depan untuk menjadi antara pencabar utama Syakilla Salni Jefry Krishnan sekiranya ratu karate-do negara itu sempat menurunkan berat badan untuk menyertai acara kumite 55kg.
Beberapa bekas atlet karate-do negara bertekad untuk kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.
Antaranya, Nisha yang pernah bergelar atlet yang memiliki reputasi besar dalam kancah kumite 55kg di Malaysia sebelum meninggalkan skuad negara pada 2015.
Kehadirannya pasti meningkatkan cabaran, terutama terhadap Syakilla yang pernah muncul juara Asia dan menduduki ranking pertama dunia kategori itu.
"Setiap kejohanan adalah medan yang baru. Kalau Syakilla ada atau tidak sekalipun (bertanding), tiada masalah.
"Adalah bagus kalau atlet yang bagus boleh bertemu dalam kejohanan berkenaan," ujar Nisha.
Syakilla ketika ini berdepan masalah berat badan hingga mencecah lebih 60kg.
Sehubungan itu, dia terlepas banyak kejohanan untuk mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun tetap akan dihantar berlatih di Latvia bersama bekas pengendali negara, Andris Vasiljevs.
Ia sekali gus menimbulkan persoalan adakah ia satu tindakan tepat?
"Saingan wanita mempunyai sehingga tujuh kategori berat badan.
"Kalau gagal mengawal berat badan, ia sesuatu yang sukar kerana setiap kategori mempunyai lawan yang berbeza," ujarnya lagi.