Masa depan sukan 'breaking' mungkin lebih jelas sebaik Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Astro dengan penganjuran saingan Battleground sebagai tanda sokongan.
Berlangsung semalam, Skuad Danny cemerlang mengatasi cabaran di pentas akhir dengan kemenangan tipis 3-2 mengatasi pasukan yang diketuai pemenang emas Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu Lego Sam.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui penganjuran saingan menerusi kolaborasi KBS-Astro memberikan banyak idea yang lebih menarik demi kesinambungan sukan breaking di masa akan datang.
Semua sedia maklum sukan breaking mula mendapat tempat dalam saingan Sukan Asia dan Sukan Olimpik, KBS nampaknya serius mahu mengetengahkan sukan baru itu kepada golongan muda khususnya.
“Hasrat kami adalah untuk menyediakan platform kepada golongan muda daripada pelbagai latar belakang untuk mempamerkan bakat mereka dan bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan,” katanya ketika ditemui selepas Battleground Malaysia: Road to Gold Grand Final di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini lepas malam.
“Kita dapat lihat bahawa jika golongan muda dibekalkan dengan platform, menerima latihan yang betul, dan dibimbing, mereka sudah pasti akan mencapai kejayaan,” katanya.
Pasukan Danny muncul juara membawa pulang RM100,000, manakala Pasukan Lego di tempat kedua dengan RM30,000.
Perebutan juara individu membabitkan keseluruhan Pasukan Danny menjadi milik T. Kayllash dengan membawa pulang RM20,000.