Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaruhkan dua pasangan profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), untuk merealisasikan misi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Sebagai menyahut cabaran Majlis Sukan Negara (MSN), BAM menerusi pengarah kejurulatihannya, Wong Choong Hann, tidak berasa tertekan dan menganggap kedua-dua beregu itu adalah taruhan terbaik negara ketika ini.
Choong Hann menganggap ia sebagai satu penghargaan kerana MSN masih meletakkan kepercayaan kepada sukan itu biarpun prestasi skuad negara belum di tahap yang sepatutnya.
"Beregu lelaki dan beregu campuran (lebih berpeluang).
"Mereka pernah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan mampu mencabar pingat (emas).
"Tetapi pemain perseorangan lelaki seperti Lee Zii Jia masih belum memiliki kemampuan yang mencukupi untuk mencabar pingat emas," katanya.
Badminton tidak pernah terlepas daripada menjadi sandaran utama dalam temasya sukan terbesar itu dan ia tidak terkecuali dalam edisi berikut ini biarpun rata-rata pemain negara belum berada di tahap terbaik.
"Dalam setiap edisi, kami mempunyai keinginan dan bersemangat untuk mendapatkan pingat emas.
"Ia (diletakkan sebagai sandaran emas) sememangnya sudah dijangkakan," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa