Pemain beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong, sedia berdepan apa sahaja implikasi susulan kegagalan wakil negara meraih sebarang pingat dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Beregu lelaki menjadi sandaran terakhir Malaysia untuk meraih pingat selepas wakil yang lain dalam saingan beregu campuran, beregu wanita serta perseorangan lelaki tersingkir lebih awal.
Paling mengecewakan sudah pasti dua beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang tewas mengejut kepada lawan dari Hong Kong.
Sementara itu, Wee Kiong serta gandingannya, Goh V Shem, mara ke suku akhir tetapi dikecewakan 22-20, 21-19 oleh gandingan utama tuan rumah, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.
"Saya percaya kami dalam momentum yang bagus.
"Walaupun kalah dalam Sukan Asia, kami akan bangkit.
"Selepas pulang dan berehat nanti, kami akan rancang unuk langkah seterusnya," kata Wee Kiong.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin, menganggap ini pengajaran terbaik buat dia serta Teo Ee Yi dalam menyerap tekanan lebih tinggi, khususnya berdepan wakil tuan rumah.
Mereka turut dikecewakan gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam pertarungan straight set 21-17, 21-13 dan gagal mengulangi persembahan yang dipamerkan ketika aksi pusingan kedua menentang gandingan Jepun, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura.
Kegagalan mereka bermakna buat kali pertamanya Malaysia gagal merekodkan pingat dalam acara badminton sejak edisi Seoul 1986.
"Kami banyak belajar dalam penampilan Sukan Asia, keyakinan dan kerjasama kami perlu ditingkatkan," menurut Yew Sin.
Rakan gandingannya, Ee Yi, mengakui kesilapannya menjerat mereka dengan berkata: "Tekanan itu ada (berhadapan sorakan penyokong tuan rumah) tetapi masih dalam kawalan kami.
"Kami bermain baik dalam set pertama tetapi penghujung permainan, saya banyak melakukan kesilapan."