“Saya mohon maaf kepada peminat badminton Malaysia,” demikian jawapan daripada ketua jurulatih beregu lelaki negara, Paulus Firman, selepas anak didiknya terkandas di peringkat suku akhir Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal menonjol apabila tumpas kepada wakil tuan rumah dengan aksi straight set hari ini.
Beberapa aspek kelemahan anak buahnya perlu diatasi segera apabila perhatian mereka beralih kepada Terbuka Jepun yang bermula 11 September nanti.
"Berdasarkan persembahan kedua-dua beregu lelaki pada hari ini, sebahagian daripada saya berasa sedikit kecewa kerana mereka gagal mara tetapi sedikit pujian harus diberikan dalam usaha saya mempersiapkan mereka menghadapi kejohanan berikutnya, Terbuka Jepun.
"Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dalam sesi latihan.
"Kami mengkaji kelemahan pemain dalam setiap kejohanan. Kebiasaannya dalam sesuatu kejohanan, ada beberapa aspek yang perlu ditukar.
"Perubahan itu harus dibuat semasa latihan," kata Paulus di Istora Senayan, Jakarta, sejurus perlawanan berakhir.
Begitupun, Paulus enggan menjamin kedudukan kedua-dua beregu utama negara itu dengan melontarkan cabaran kepada barisan pelapis negara untuk memberi tekanan lebih hebat lagi.
Untuk itu, gandingan muda menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Shia Chun Kang-Tan Wee Gieen, sedang giat dipersiapkan untuk menggalas misi utama di masa akan datang.
"Saya harap mereka segera dapat memberi saingan kepada dua beregu utama negara," kata Paulus lagi.