Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, melahirkan rasa bangga di atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, dan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Vivian Hoo, bagi membutirkan emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Badminton menjadi harapan terakhir buat kontinjen negara bagi mengatasi pencapaian enam emas dalam temasya empat tahun lalu di Glasgow.
Sememangnya tanggungjawab yang dipikul Chong Wei dan Mei Kuan-Vivian cukup berat dalam melunaskan misi itu setelah sasaran utama 10 teratas Sukan Komanwel sudah terkubur.
Namun, ia berjaya disempurnakan dua wakil negara itu menerusi kejayaan menundukkan lawan masing-masing dalam aksi final, hari ini.
"Dalam keadaan yang begitu tertekan ini, pemain kita telah muncul. Seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei telah mengalahkan kedua-dua pemain, HS Prannoy dan K. Srikanth, yang berusia 11 tahun lebih muda daripadanya.
"Srikanth nombor satu dunia dan Prannoy nombor 11 dunia. Ini patut dijadikan contoh kepada lain," kata Norza.
Sekali pun pengakhiran yang sempurna, Norza bagaimanapun kecewa dengan kegagalan skuad badminton negara untuk mencapai sasaran tiga emas terutama kekalahan pilihan pertama beregu lelaki dan beregu campuran.
"Saya juga mahu melahirkan kekecewaan saya mengenai pemain kita yang pilihan nombor satu.
"Goh V Shem dan Tan Wee Kiong adalah pilihan pertama, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai adalah pilihan pertama.
"Mereka ini gagal kerana pertamanya, V Shem dan Wee Kiong terlalu yakin manakala Soon Huat dan Shevon mereka gementar.
"Daripada Suluruh England sampai sekarang, kita nampak perkara sama yang berlaku," katanya lagi.