Ketua jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, berharap faktor tuah dapat memainkan sedikit peranan menjelang undian acara berpasukan lelaki Sukan Asia esok.
Berdasarkan kedudukan ranking, Malaysia diletakkan dalam kalangan pilihan kelima dan kelapan, bermakna mereka bakal berdepan laluan sukar dalam suku akhir.
Skuad badminton lelaki negara tidak boleh mengelak daripada bertemu sama ada China, Jepun, Indonesia atau Taiwan jika mahu mencari slot ke separuh akhir.
"Sebagai bukan pilihan, kami semestinya harus menampilkan aksi terbaik berdasarkan undian yang akan diadakan esok. Saya percaya dengan pasukan yang ada sekarang untuk menghadirkan persembahan terbaik kali ini," kata Misbun.
Empat tahun lalu dalam saingan di Incheon, skuad berpasukan lelaki negara sekadar meraih pingat gangsa selepas tewas di peringkat separuh akhir kepada China.
Berharap mereka tidak pulang dengan tangan kosong kali ini, dia mahu pemain-pemainnya memperkuatkan mental jika bertemu lawan seperti China atau Jepun seawal suku akhir.
"Buat masa sekarang, saya rasa Malaysia tidak perlu banyak memikirkan tentang percaturan itu. Apa yang penting adalah hadapi sahaja sesiapa yang ditemui dalam setiap perlawanan," katanya.
Sementara itu, Misbun menyandarkan harapan kepada Liew Daren untuk menjadi contoh terbaik kepada tiga pemain muda di bawahnya, iaitu Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven.
Misbun juga menyatakan dia cukup berpuas hati dengan komitmen yang diberikan Daren sepanjang latihan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak seminggu lalu.
"Memandangkan usia yang begitu jauh dengan pemain-pemain lain, sebaik-baiknya barisan muda mengambil iktibar daripada prestasi yang ditunjukkan Daren ketika ini.
"Jika sebelum ini, pemain-pemain dulu dilihat sukar mara lebih jauh tetapi Daren masih mampu melakukannya dan ada juga pemain-pemain lain yang sebegitu," tambah Misbun.
Daren, yang sebelum ini mengalami kecederaan kaki kanan sewaktu mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia, menjelaskan sudah 90 peratus pulih.
Daren, yang sudah dua tahun meninggalkan BAM, berharap agar dia mampu membalas semula kepercayaan yang diberikan dengan sekurang-kurangnya meraih apa jua pingat dalam Sukan Asia.
"Memang dalam pasukan ketika ini, saya yang paling tua. Saya berharap dapat membantu pemain muda. Kebanyakan pemain perseorangan ketika ini masih muda.
"Setiap kali turun beraksi, saya akan cuba memberikan aksi terbaik. Kali ini, saya menyasarkan untuk memberikan mata dan cuba menyumbang pingat," katanya.