Datuk Lee Chong Wei membuktikan keunggulan luar biasa dengan menidakkan perseorangan nombor satu dunia, K. Srikanth, dalam memerlukan kebangkitan semula bagi merampas emas Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Buat julung kalinya di pentas final Sukan Komanwel, Chong Wei bukan pilihan, sebaliknya status itu milik Srikanth.
Bayangan kejutan mula tertulis saat perseorangan India itu memadam kelebihan 5-0 untuk meraih kemenangan set pertama 21-19.
Seperti skrip kebangkitan semula yang sering mewarnai layar perak, Chong Wei kembali agresif melawan individu yang sedekad lebih muda daripadanya itu.
Keputusan 21-14, 21-14 dalam dua set berikutnya selepas lebih sejam bertarung dan emas Sukan Komanwel milik Chong Wei -- kejayaan yang buat mana-mana pencabar, apatah lagi nombor satu dunia, akur dengan keunggulan Chong Wei.
"Saya fikir perbezaan pengalaman membolehkan dia bangkit dengan baik. Sudah tentu dia mempunyai pengalaman untuk melakukannya dengan baik," kata Srikanth.
"Ini adalah perlawanan terakhir dalam Sukan Komanwel dan saya memberikan sehabis baik," kata Chong Wei.
"Lawan adalah pemain nombor satu dunia, bukannya mudah untuk mengalahkannya. Saya perlu buat persiapan mental dengan baik.
"Walaupun kalah dalam set pertama, saya tidak putus asa dan terus mencuba. Dia pemain muda, mempunyai kelajuan dan mempunyai keyakinan."
Bagaimanapun, Chong Wei masih terkesan dengan kekalahan kepada Srikanth dalam acara berpasukan campuran.
"Saya tetap kecewa kerana tidak dapat menyumbang mata dalam acara berpasukan dan keyakinan pasukan kita selepas itu juga lemah.
"Saya sudah berusaha untuk bangkit dalam acara berpasukan. Namun, saya berbangga dengan persembahan saya hari ini," katanya lagi.