“Saya rasa bersalah.”
Itu reaksi jurulatih badminton beregu campuran negara, Pang Cheh Chang, yang melabelkan dua beregu negara sudah menghancurkan harapan rakyat Malaysia dalam saingan Sukan Asia 2018.
Kehampaan ketara dapat dilihat pada wajah Cheh Chang yang tidak menyangka anak buahnya terkandas begitu awal dalam saingan Sukan Asia.
"Saya berasa serba-salah kerana kami mempunyai sasaran untuk mendapatkan pingat. Kami telah menghampakan rakyat Malaysia.
"Berbekalkan mata sebegitu, kami memiliki dua gandingan yang mampu meneruskan kemaraan," kata Cheh Chang.
Dia turut merujuk kepada kelibat beregu campuran harapan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang tidak sepatutnya tewas hanya disebabkan kesilapan sendiri dan dibezakan dengan mata yang cukup minimal.
"Mereka mempamerkan aksi menunggu lawan melakukan kesilapan. Apabila sudah mendahului 9-4, peluang itu patut digunakan dengan pengalaman yang ada," katanya.
Nasib sama turut menimpa satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang juga melewati situasi hampir sama.
"Saya rasa kami mampu memberikan cabaran yang lebih baik, cuma tewas dalam set penentuan," ujar Soon Huat.
"Bagi saya, segala perancangan taktikal sudah betul tetapi kekurangan nasib yang baik. Itu membuatkan kami tewas," tambah Shevon.