Skip to main content

Sukan Lain

Azwar fikirkan persaraan

azwar.jpg
Pemain ping pong para negara, Mohd Azwar Abu Bakar, memberi bayangan bahawa Sukan Para Asia di Indonesia, Oktober depan, bakal menjadi penampilan terakhirnya sebelum mengumumkan persaraan setelah melibatkan diri dalam sukan itu sejak 11 tahun lalu.

Semuanya bermula sejak Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, apabila Azwar gagal mempersembahkan aksi terbaiknya.

Pulang hampa tanpa mengutip pingat, Azwar memberi bayangan untuk bersara daripada arena ping pong memandangkan dia juga menghadapi kesukaran untuk mengimbangi kerjayanya sebagai pegawai sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Azwar mula berkhidmat sebagai atlet ping pong negara sejak tahun 2009 lagi.

"Perasaan untuk main itu memang ada. Tetapi, saya sekarang ini dalam persimpangan, tidak tahu arah mana. 

"Saya sekarang ini hanya perlu tentukan jadual saya. Kalau saya patuh kepada jadual, saya rasa boleh teruskan. Kalau putus asa, memang tidak dapat. Kita tengok dalam Sukan Para Asia nanti," ujarnya. 

Ini merupakan penampilan ketiga Azwar selepas beraksi di Guangzhou 2010 dan Incheon 2014, dengan dia berharap dapat membawa pulang pingat dari Indonesia nanti.

"Saya agak kecewa (dalam Sukan Komanwel). Saya sedang berusaha memulihkan semangat saya.

"Kini, dalam bulan puasa, tiap-tiap malam saya berlatih untuk terus mendapatkan semangat," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video