Pendatang baharu CP150, Azroy Hakeem Anuar, sedia menggalas tanggungjawab selaku pelumba utama pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing bagi menggantikan tempat Mohd Zaqhwan Zaidi apabila saingan musim ke-25 Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membuka tirai di Litar Lumba Tangkak, Johor, hujung minggu ini.
Zaqhwan terpaksa melupakan saingan Kejuaraan Cub Prix musim 2018 sebelah diberikan tugas lebih besar untuk memberi sepenuh tumpuan dalam Kejohanan Superbike All Japan MFJ bersama pasukan Honda Asia Dream Racing di samping saingan SuperSports 600cc Kejohanan Motosikal Asia FIM (ARRC).
Tempatnya bakal digantikan oleh Azroy di samping dua lagi pendatang baru CP150, Harith Farhan Baharin dan Md Aiman Azman.
“Tidak ada istilah pelumba utama, kedua atau ketiga di dalam pasukan, sebaliknya kami akan bekerjasama dan saling bertukar pendapat dan pandangan memandangkan semuanya pertama kali beraksi dalam kelas CP150.
“Cuma mungkin saya mempunyai sedikit kelebihan kerana pernah beraksi dalam perlumbaan Underbone 150cc berbanding Harith dan Aiman tetapi bukan tugas mudah untuk berdepan dengan pelumba-pelumba berpengalaman lain,” kata Azroy.
Sementara itu, pemilik pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, berkata: “Tugas kami agak mencabar pada tahun ini tetapi saya melihatnya dari sudut positif. Kesemua mereka masih muda, masih belasan tahun tetapi mereka ini sebenarnya merupakan antara prospek pelumba untuk masa akan datang.
“Saya akan cuba membimbing mereka sebaik mungkin, sama seperti saya membimbing Zaqhwan sehingga berjaya mengecapi pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan dan Asia. Saya mahu mereka mengikut jejak seperti Zaqhwan atau lebih lagi,” katanya.
Pusingan pembukaan Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Litar Lumba Tangkak ini yang juga merupakan ulang tahun sambutan musim ke-25 akan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dan kehadiran barisan pelumba antarabangsa Malaysia seperti Zulfahmi Khairuddin, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin, Azlan Shah Kamaruzaman, Zaqhwan Zaidi dan Hafizh Syahrin Abdullah.