Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, akan terus fokus dalam memastikan berada di landasan yang baik dalam misi untuk memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Dia yang pernah memenangi pingat gangsa dalam acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016 turut memberi tumpuan penuh dalam mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan.
"Saya dah pernah berada pada ranking nombor satu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dalam acara keirin tetapi selepas habis musim pertama, turun sedikit ke tempat kedua.
"Bagaimanapun, ia adalah permulaan yang baik untuk musim ini dan untuk musim kedua yang akan bermula tidak lama lagi, saya akan memberi fokus pada latihan bagi mencapai kemuncak dalam Sukan Olimpik nanti'," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Sukan Terengganu (AST) di Stadium Gong Badak, malam tadi.
Dalam majlis itu, Azizulhusni yang digelar The Pocket Rocketman sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri untuk kali keenam.
Namun, Azizulhusni berkata bagi mencapai misi tersebut, dia masih memerlukan sokongan kewangan daripada mana-mana pihak atau penaja yang berminat, termasuk kerajaan negeri, bagi melancarkan perjalanan pasukan “Team Azizul” yang membantunya mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik.
"Saya berharap kerajaan negeri sudi menyumbang dan menjadi rakan kolaborasi pasukan 'Team Azizul' kerana ia memerlukan perbelanjaan yang banyak.
"Cuma untuk permulaan, saya memerlukan sokongan yang minimal kerana fokus utama tiga pelumba 'Team Azizul' ialah bagi membantu saya bertanding dan kumpul mata untuk kelayakan ke Olimpik di Tokyo nanti," katanya.