Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Azizulhasni raih gangsa di Australia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azizulhasni-2024.jpg
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali ke podium apabila meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia semalam.

Emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Matthew Richardson (Australia) manakala Matthew Glaetzer (Matthew Glaetzer) meraih perak.

"Alhamdulillah syukur saya mendapat pingat gangsa dalam acara keirin di Australia.

"Perlumbaan peringkat akhir tadi sangat laju dengan catatan masa 9.57 saat untuk 200 meter terakhir dan dimenangi Matthew Richardson," kata Azizulhasni.

Sebelum ini dalam acara pecut lelaki pada Jumaat, Azizulhasni kecundang 0-2 kepada Glaetz di suku akhir.-Sinar

Advertisement

Must Watch Video