Jaguh pecut berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dan pelumba pecut wanita, Nurul Izzah Izzati Asri, tidak berdepan masalah untuk mendominasi kategori elit Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan dan Remaja Kebangsaan 2024.
Kedua-duanya tampak tidak perlu mengerah kemuncak kudrat mereka untuk meraih kemenangan di Velodrom Nilai itu, hari ini.
Bersandarkan mentaliti juara, The Pocketrocketman tidak berdepan masalah untuk menjuarai acara pecut akhir lelaki elit.
Biarpun hanya menggunakan gear biasa, namun Azizulhasni tetap membuktikan bahawa kayuhannya masih sukar digugat dengan catatan 10.464 saat dalam perlumbaan pertama dan 10.243s dalam perlumbaan kedua.
"Tidak gunakan pelarasan gear yang biasa digunakan, kalau tidak lagi laju, mungkin perlumbaan saya menjadi lebih mudah.
"Jadi dengan gear lebih berat untuk memberikan saya lebih cabaran," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Sementara itu, pelumba Kedah, Nurul Izzah Izzati muncul juara keseluruhan acara pecut akhir wanita elit apabila mencatat kemenangan dalam perlumbaan pertama dan kedua.
Dengan 11.435s dalam perlumbaan pertama disusuli 11.691s dalam perlumbaan seterusnya, ia sudah memadai bagi dirinya untuk mengungguli saingan tersebut.
Dia turut terpesona kayuhan bakat luar biasa Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak yang dilihat turut mampu memberi saingan hebat dengan pacuan bertenaga dalam aksi pecut berpasukan wanita, semalam.
"Mereka masih dalam program peringkat permulaan, masih perlu membina otot.
"Jadi saya perlu bersedia agar kayuhan kami sama-sama kuat," katanya pula.