Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Azizulhasni belum tekan butang panik

azizulhasni-awang.jpg
Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, menganggap ia bukan masa yang sesuai untuk dia menekan butang panik selepas memaparkan prestasi kurang memberangsangkan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Poland.

Azizulhasni menamatkan acara keirin di tangga ketujuh sebelum terkandas dalam pusingan kelayakan acara pecut.

Kemalangan yang dialami dalam pusingan pertama acara keirin jelas menjejaskan rentak kayuhannya dalam acara pecut.

Andai dia tidak terlibat dalam kemalangan itu, Azizulhasni optimis dia mampu untuk meraih keputusan positif dalam kedua-dua acara tersebut.

The Pocket Rocketman itu percaya dia masih di landasan tepat untuk menyumbang pingat buat negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Saya tidak panik memandangkan saya terjatuh dalam pusingan pertama acara keirin.

"Kecederaan itu membuatkan saya sukar bernafas dan mengganggu kayuhan saya," katanya.

Pelumba berusia 31 tahun itu sedia memperbaiki kelemahannya dan mahu kembali bangkit dengan prestasi mantap bagi mengharungi Siri Piala Dunia Berbasikal di Belarus hujung tahun ini.

"Saya memerlukan beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Musim ini sudah tamat, jadi saya perlu bermula semula dari awal, terutama dalam acara pecut.

"Pelumba-pelumba lain sudah mula melakukan catatan yang hebat, jadi saya perlu bekerja keras dalam acara itu," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video