Skip to main content

Sukan Lain

Azizulhasni Awang tarik diri daripada saingan pecut di Adelaide

azizulhasni-awang.jpg
Selepas kejayaan meraih emas di Kejohanan Trek Piala Negara-Negara UCI dalam acara keirin, wira negara, Datuk Azizulhasni Awang, umum menarik diri daripada penyertaan dalam penentuan pingat gangsa acara pecut susulan alami simptom pericarditis – gejala yang berkaitan dengan masalah hati.

Perkhabaran terbaru itu dikongsi The Pocket Rocketman menerusi hantaran di Instagram miliknya, sebentar tadi --  keputusan itu dibuat atas nasihat doktor untuk elak sebarang masalah di kemudian hari.

 

Dalam ciapan yang dihantar beliau pada jam 4 petang waktu Malaysia, dia mengharapakan doa rakyat Malaysia terus mengiringinya selain kini fokus beliau adalah untuk terus jalani proses pemulihan sebelum kembali berlatih dalam misi Road to Gold di Paris bermula Julai ini.
 

Advertisement

Must Watch Video