Skip to main content

Universiade

AUG: Skuad petanque sasar dua emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petanque.jpg
Menjelang kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) yang bakal berlangsung dua hari sahaja lagi, persiapan skuad Petanque negara sudah berada di tahap terbaik untuk melaksanakan misi tersendiri.

Kem latihan kebangsaan menyasarkan dua pingat emas menerusi Sharifah Afiqah dan Syed Fakhri yang juga pernah membuat penampilan ketika Sukan SEA 2022 DAN 2023.

Ketua jurulatih, Mohd Noriszam, mengakui bahawa dia yakin terhadap kemampuan anak buahnya untuk melunaskan impian tersebut daripada 11 acara yang dipertandingkan memandangkan mahu mengekalkan momentum selepas berjaya mengatasi pencabar terdekat iaitu Thailand, sebelum ini.

"Kami diberi pendedahan awal dalam kejohanan di Thailand sebeleum ini dan berjaya mendapatkan pencapaian yang membanggakan selain daripada aksi kompetitif di setiap universiti," kata ketua jurulatih, Mohd Noriszam.

Advertisement

Must Watch Video