Skip to main content

Sukan Lain

AUG: Skuad karate butir emas

sureeya.jpg
Skuad karate negara berjaya menambah bilangan pingat emas menerusi S. Sureeya, dalam kategori bawah 67 kilogram dalam Temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG), sebentar tadi.

Dalam aksi final, S. Sureeya diberi tentangan hebat daripada wakil Indonesia, Nur Halim Arlendi.

Bagaimanapun taktikal menyerang balas membuahkan hasil apabila kemenangan berpihak Malaysia 7-4.

Sureeya menjelaskan tujuannya bersaing di AUG adalah untuk membuktikan kemenangannya di Sukan SEA Vietnam bukan sekadar tuah.

"Saya mengutamakan gerakan serangan balas. Kemenangan ini membuktikan pingat emas dalam saingan Sukan SEA di Hanoi bahawa saya mampu untuk memberikan saingan dalam kategori ini," kata Sureeya.

Selain kejayaan Sureeya yang meraih emas, skuad karate negara turut sumbang dua lagi pingat emas menerusi Siti Nor Azwani Nor Azli dalam kumite bawah 61kg wanita dan A. Denishroy dalam kumite 84kg lelaki.

Advertisement

Must Watch Video