Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, akan membuat keputusan mengenai kariernya dalam masa terdekat selepas mempersoalkan visi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam menyokong perjuangan atlet negara.
Isu itu turut membabitkan kem memanah apabila hanya beberapa pemanah muda didapati muncul dalam sesi latihan skuad negara pagi ini selepas tiga jaguh utama, Juwaidi Mazuki, Zulfadli Ruslan dan Lee Kin Lip, menarik diri.
Tinjauan Nadi Arena di Bukit Jalil mendapati sesi pemilihan sedang dilakukan untuk menggantikan ketiga-tiga pemanah elit compound itu.
Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan hari ini, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberi penjelasan panjang lebar membabitkan permintaan dan kedudukan Irfan.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan dakwaan Irfan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MSN dan KOM telah menamatkan kontrak jurulatih peribadinya, Frantisek Petrovic, adalah tidak benar.
Sebaliknya, katanya, keputusan MSN tidak menawarkan kontrak baru kepada Petrovic adalah berdasarkan perbincangan bersama yang membabitkan MSN dan KOM, termasuk Institut Sukan Negara (ISN), serta Majlis Olimpik (MOM) melalui Jawatankuasa Pemilihan Atlet dan Jurulatih pada 5 Disember lalu.
Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, dalam kenyataannya pula menegaskan bahawa Jawatankuasa Kerja Sukan Olahraga bersama MSN, MOM dan ISN memutuskan untuk mengkaji semula cadangan Irfan untuk berlatih di Republik Czech kerana pada pandangan KOM, ia adalah tidak praktikal disebabkan kekurangan maklumat tentang tempat dan kepakaran latihan di sana.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja KOM-MSN mahu berbincang semula dengan Irfan tetapi malangnya alet itu mempunyai pendekatan sendiri berhubung permintaannya itu.
Melihat kepada prestasi sepanjang tahun lalu, Irfan kekal sebagai jaguh lempar cakera terbaik negara menerusi kehebatannya di peringkat kebangsaan.
Dalam masa sama, gandingan Juwaidi, Zulfadli dan Kin Lip kerap kali mencipta sensasi di peringkat Asia apabila meraih pingat perak dalam siri Kejohanan Piala Dunia 2018 dan juga gangsa dalam Sukan Asia di Indonesia.