Kejohanan Karate Asia Peringkat Kadet, Remaja dan Bawah 21 tahun di China menyaksikan detik bersejarah buat skuad muda negara apabila Malaysia berjaya membawa pulang tujuh pingat, termasuk tiga perak dan empat gangsa.
Antara penyumbang adalah barisan atlet membuat debut, Lalitaanjali Ravindran, Muhammad Arif Hafizi dan Abdul Rayyan Shah Zulfaqqar yang merangkul perak, di samping Mirza Amirah Syuhada yang mengulangi kejayaan gangsa buat tahun kedua.
Jurulatih kebangsaan, Hatta Mahamut, puas atas pencapaian itu kerana berbanding edisi lalu yang hanya meraih tiga gangsa, kali ini skuad muda Malaysia menunjukkan lonjakan prestasi yang membanggakan.