Bagi chef-de-mission (CDM) negara ke Sukan Olimpik Rio, Tan Sri Mohamed Al Amin Majid, dan CDM Sukan Paralimpik Rio, Dr Ang Kean Khoo, atlet harus mendapat penghargaan sewajarnya di atas sumbangan mereka buat negara.
Pendapat itu dikongsi dalam majlis sempena meraikan wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio oleh UMNO yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ganjaran (yang diberikan kepada atlet) patut diberikan dengan kaedah yang sama sebab bukan senang untuk memenangi pingat emas.
"Ini sesuatu kejayaan yang luar biasa, tidak harus kita persoalkan ganjaran yang sama diterima atlet Paralimpik sekiranya sama dengan apa yang dimenangi atlet Olimpik," kata Al Amin.
Bagi Kean Khoo, pengiktirafan sebegini bakal menyemarakkan lagi kelahiran bakat-bakat di kalangan warga orang kelainan upaya (OKU) dengan berkata, "Yang penting, kita nakkan pengiktirafan untuk Sukan Paralimpik secara keseluruhannya, bukan sekadar pemenang sahaja.
"Kita kena tambah pelapis lagi."
Sementara itu, pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik negara berterima kasih kepada UMNO di atas penghargaan yang diberikan kali ini.
Bagi mereka, insentif demi insentif yang diberikan pelbagai pihak di atas kejayaan di Rio tidak akan melalaikan mereka, sebaliknya ia sebagai satu penyuntik semangat untuk terus memacu kejayaan Malaysia di pentas sukan dunia.
"Terima kasih kepada Umno kerana memberi insentif kepada atlet. Ini menjadikan atlet lebih bersemangat untuk pertandingan akan datang," ujar jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
"Bagi saya, pengiktirafan itu penting. Atlet telah berkorban nyawa dan masa. Justeru, pengiktirafan seperti ini macam buat kami dihargai," kata Azizulhasni Awang.
Atlet Paralimpik turut tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan mereka diraikan sejak pulang dari Rio.
"Saya baru kembali ke tanah air selama seminggu dan penghargaan yang diberikan masih tidak henti-henti.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak dan kepada UMNO yang memberi penghargaaan," kata pemenang pingat emas Paralimpik, Ziyad Zolkefli.
Rakannya dalam acara lumba lari T36, Ridzuan Puzi, pula meluahkan, "Alhamdulillah dapat insentif ini. Selepas ini saya akan berusaha lebih gigih lagi."
Ketua jurulatih olahraga Paralimpik, R. Jeganathan, melahirkan rasa bangga dan terharu berikutan rezeki yang terus diterima mereka.
"Inilah yang kita perlukan zaman ini. Sekurang-kurangnya orang memberi pengiktarafan kepada atlet.
"Sebagai jurulatih, kami mahu anak buah kami disanjung dan diberi penghargaan dengan cara apa pun," katanya.