Skip to main content

Sukan Asia

Atasi pencapaian Incheon 2014 satu peningkatan -- Newenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

timnewham.jpg
Pengarah Program Podium, Tim Newenham, berkata atlet negara mempamerkan peningkatan jika berjaya meraih sekurang-kurangnya enam pingat emas dalam Sukan Asia Indonesia kerana ia membuktikan kebangkitan daripada temasya empat tahun lalu.

Newenham menyedari pasti ada pihak tidak bersetuju kerana Program Podium pernah menetapkan sasaran untuk meraih kelompok 10 negara terbaik, sekali gus memerlukan lebih banyak pingat emas.

"Apabila Program Podium dirasmikan pada 2015, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 terbaik Sukan Asia dan Sukan Komanwel. 

"Jadi, kontinjen yang besar diperlukan bagi mendapatkan sasaran tersebut," kata Newenham.

Secara realistik, enam pingat emas tidak mampu meletakkan Malaysia dalam kelompok 10 negara terbaik.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah di tangga ke-10 secara keseluruhan menerusi sembilan emas di Guangzhou 2010.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, mendesak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan sasaran pingat realistik kerana Malaysia menghantar kontinjen terbesar dengan 426 atlet membabitkan 35 jenis sukan.

Justeru, Newenham secara peribadi menyerahkan soal sasaran pingat kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Advertisement

Must Watch Video