Walaupun tewas 7-3 dalam kiraan set kepada Akademi Sepak Takraw Batu Kurau (ASTAB) dalam perlawanan persahabatan kelmarin, skuad takraw wanita Kebangsaan telah menunjukkan peningkatan mutu permainan.
Menurut jurulatih, Mohd Fikri Mohd Nor perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian daripada persiapan pasukan menjelang Sukan Sea Ogos nanti.
Katanya:"Kami memilih ASTAB kerana akademi ini mempunyai pemain yang berkaliber yang boleh memberi cabaran".
Bagi jurulatih ASTAB Ismi Hissan Ismail, perlawanan persahabatan ini memberi impak positif di sini.
"Semestinya ia memberi motivasi kepada pemain saya kerana bertemu dalam aksi peringkat tinggi.
"Lagipun ASTAB mempunyai wakil dalam barisan skuad negara",jelasnya lagi.
Sepak Takraw