Atlet ping pong negara, Ashraf Haiqal Rizal, mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk terus bersama dengan kelab Jerman, SB/DJK Rosenheim, apabila kelab itu mengalami masalah kewangan.
Ashraf sepatutnya kembali ke Munich bulan depan untuk terus berbakti dengan kelab divisyen tiga Jerman itu.
Namun, kelab itu sedang mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk memenuhi tuntutan yang dikemukakan Ashraf, iait, gaji serendah €1,000 (RM4,702) sebulan untuk tempoh hingga April depan.
Ashraf masih berusaha untuk mendapatkan jalan tengah dengan kelab tersebut, namun jika tiada kata putus, dia terpaksa berlatih di dalam negara.
"Mereka hanya mampu untuk membiayai tiket penerbangan dan makanan saya tanpa gaji bulanan.
"Saya masih memikirkan lagi tentang perkara itu demi kebaikan karier saya.
"Tentang duit, ia amat penting untuk memastikan kelangsungan hidup saya di sana.
"Saya berbincang dengan mereka agar dapat memberikan saya separuh daripada pendapatan asal di sana," katanya.
Ia bakal merencatkan perancangannya ketika juara kebangsaan itu terpaksa bergantung kepada program latihan yang dikendalikan jurulatih baru dari China, Mu Tong, untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary, 21 April depan.
"Jika saya tidak ke sana, lawan di sini hanya mempunyai tahap permainan setaraf saya.
"Ia agak kurang baik untuk persediaan saya menjelang Kejohanan Dunia.
"Saya masih berharap untuk dapat ke sana bagi membiasakan diri dengan suasana di Eropah.
"Ia kerana saya menyasarkan untuk menewaskan lawan ternama dalam kejohanan itu nanti," tambahnya.