Atlet olahraga para negara, Muhamad Ashraf Muhammad Haisham, mahu melupakan acara 800 meter bagi memberi fokus kepada acara 1,500m T46, satu-satunya acara yang akan disertainya dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, November depan.
Kejohanan Para Dunia edisi ini tidak mempertandingkan acara 800m T46 dan amat penting untuk Ashraf menumpukan corak latihan kepada acara 1,500m sahaja bagi memastikan kedudukan lebih selesa beraksi di Dubai.
Walaupun dia pernah beraksi bagi acara itu dalam Sukan Para ASEAN 2017 dan Sukan Para Asia tahun lalu, Ashraf tetap menganggap 1,500m sukar untuk dikuasai kerana memerlukan strategi berbeza dan tahap kecergasan yang lebih tinggi untuk kekal konsisten.
"Acara kegemaran saya adalah 800m tetapi ia tidak dipertandingkan dalam Kejohanan Dunia. Saya akan memberikan tumpuan kepada saingan 1,500m dan perlu mempelajari lebih mendalam untuk layak beraksi di Dubai," katanya.
Ashraf bersama dua lagi atlet para, Ahmad Solihim Mohd Noor dan Afiq Ali Hanafiah, ditemui dalam Hari Sukan Cabaran Habib hari ini.
Ashraf dan Solihim yang meraih perak dalam Grand Prix Dunia Dubai bulan lalu akan bersedia beraksi dalam Terbuka Johor, bulan depan manakala Afiq akan ke Terbuka Singapura, minggu depan.
"Saya memberikan tumpuan untuk saingan Kejohanan Dunia di Dubai. Jika terpilih, ia adalah bonus buat saya untuk bersaing dengan barisan atlet terbaik dunia," kata Solihim.