Kecederaan yang membelenggu pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, tidak menghalangnya untuk meletakkan sasaran meraih gelaran juara dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2019.
Sebelum ini, Zaqhwan perlu menjalani pembedahan selepas mengalami patah pergelangan tangan ketika saingan ARRC musim lalu di Litar Antarabangsa Chang, Buriram.
Namun, pelumba berusia 24 tahun itu sanggup melupakan kesakitan untuk mencapai misi menaiki podium dan menganggap seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, sebagai pencabar utama.
"Kalau diikutkan, tangan saya ketika ini menyukarkan pemanduan kerana baru tiga bulan pulih daripada patah. Empat bulan diperlukan untuk pulih sepenuhnya. Namun, saya perlu berjuang," kata Zaqhwan.
Sementara itu, bekas jaguh permotoran Asia, Azlan, bertekad menjadi juara keseluruhan ARRC musim ini tetapi sedar dia perlu berusaha lebih keras kerana menganggap ramai pesaing hebat.
Azlan, yang sudah melakukan persiapan sejak tahun lalu, percaya pasukan Onexox TKKR SAG Racing mampu memberi kejayaan buatnya.
"Persiapan memang lengkap kerana kami sudah mempersiapkan diri agak lama. Pasukan juga banyak membantu saya daripada pelbagai segi. Jadi, kami 100 peratus fokus untuk perlumbaan kali ini," ujarnya.