Kekecewaan buat Khairul Idham Pawi apabila terlepas genggaman kategori 600cc Kejuaraan Perlumbaan Motosikal (ARRC) dalam pusingan penutup musim di Litar Chiang, Thailand.
Super KIP yang ketinggalan dua mata kepada pencabar terdekat dari Jepun, Soichiro Minamimoto, menuju perlumbaan kedua menyaksikan malang menimpa apabila terjatuh dalam ketika perlumbaan masuk pusingan kedua daripada 12 pusingan.
Walaupun meneruskan perlumbaan tetapi Pawi ketinggalan jauh di belakang dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.
Minaminoto memamatkan perlumbaan di belakang pemenang tempat kedua belakang pemenang Apiwath Wongthananon dari Thailand tapi muncul juara keseluruhan dengan sejumlah 201 mata, dengan di tangga kedua mengumpul sejumlah 185 mata.
Sementara itu, pelumba negara yang lain iaitu Nazirul Izzat yang menunggang untuk pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia pula memastikan mahkota Underbone 150cc milik dengan sejumlah 164 mata, kelebihan 11 mata ke atas rakan senegara, Md Shafiq Rasol.
Walaupun tidak begitu ampuh di Litar Chiang, ia sudah mencukupi buat Nazirul menjulang kejuaraan, malah dalam perlumbaan pertama Nazirul gagal mengutip sebarang mata apabila menduduki tempat ke-16.
Tetapi di perlumbaan dia bangkit dengan tunggangan lebih hebat untuk menduduki tempat kelapan.Perlumbaan ini dimenangi penunggang negara Md Shafiq Rasol dari pasukan One-Xox TKKR dengan catatan masa 16 minit 32.489 saat.
Zaki Zainal
Sun Dec 03 2023