ARRC
ARRC: Nazirul Izzat waspada cabaran pelumba Indonesia di Litar Mandalika
Pelumba negara kategori Underbone 150, Nazirul Izzat Bahauddin, sentiasa berwaspada dengan cabaran yang bakal diberikan pelumba dari Indonesia.
Jelas Nazirul, kejayaan merangkul podium berganda pada pusingan ketiga di Motegi, Jepun bulan lepas akan diteruskan dengan mencari 'setup' terbaik dalam perlumbaan kali ini di Litar Mandalika, Indonesia.
"Dalam perlumbaan hujung minggu ini saya meletakkan sasaran untuk mencapai keputusan yang baik dan berada dalam podium.
Iklan
Apa yang jadi dekat Kasma Daniel Kasmayudin dan Nazirul Izzat di perlumbaan akhir pusingan 2 tempoh hari? ??#PETRONAScubprix #PETRONASmotorsports #PETRONAS50 #HomeComing pic.twitter.com/WxrQeURSkg— Malaysian Cub Prix #CubPrixEraBaru ✊? (@msiancubprix) May 9, 2024
"Saya telah buat tetapan yang baik untuk motosikal saya bersama pasukan mekanik saya, jadi saya sudah bersedia dengan enjin baru. Oleh itu, saya berharap perlumbaan kali ini lebih baik," kata Nazirul Izzat.
Sementara itu, Farres Putra, menyedari masih banyak yang perlu diperbaiki dalam perlumbaan di Litar Mandalika kali ini setelah ketinggalan jauh berbanding dua lagi wakil negara, Md Akid Aziz dan Nazirul Izzat yang berjaya mencatat keputusan membanggakan dalam pusingan ketiga.
"Dalam perlumbaan lepas saya sukar dapatkan rentak kerana sedikit sukar, tetapi saya bersyukur tetap dapat meraih podium." kata Farres Putra.
Must-Watch Video