Skip to main content

Permotoran

ARRC: Nazirul Izzat di laluan tepat raih gelaran underbone 150

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazirul-izzat.jpg
Litar Buriram tidak akan menjanjikan laluan mudah buat Nazirul Izzat Bahauddin untuk bergelar menawan kategori underbone 150 Kejuaraan FIM Asia Road Racing (ARRC) musim ini. 

Dia kini berkelebihan 44 mata di depan pencabar terdekat, Shafiq Rasol, menjelang pusingan terakhir Thailand minggu ini. 

"Tujuh pelumba saling bersaing hebat dalam satu kelompok dan kedudukan kami boleh ditentukan dalam pusingan terakhir. 

"Strategi saya kadang-kadang menjadi atau tidak tapi saya harap dapat kekal kedudukan dalam kelompok 10 teratas untuk bergelar juara keseluruhan," kata pelumba  UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team itu ketika muncul sebagai tetamu di Nadi Arena sebentar tadi. 




Mereka akan bertolak awal pagi ini sebelum menempuhi perjalanan enam jam ke destinasi perlumbaan. 

Selepas rentak cemerlang bergelar juara dan naib juara di Sepang, Jepun dan Indonesia untuk mencipta jurang mata yang agak jauh tetapi perasaan kegugupan mula menguasai fikirannya sebaik pasukan menuntutnya mengesahkan kejuaraan awal di Zhuhai, awal bulan ini.

"Saya menjadi gemuruh. 

"Jadi saya hanya akan cuba mengekalkan kedudukan untuk menaiki podium apabila menamatkan perlumbaan dengan sasaran memungut mata," katanya lagi.  





Menurut ONEXOX TKKR Racing Team, Syafiq: "Saya perlu menang kedua-dua perlumbaan terakhir ini. 

"Walaupun pernah berlumba di litar sama, litar ini agak susah sikit dan persaingan kategori ini agak sengit." 





 

Advertisement

Must Watch Video