Pelumba OneXOX BMW TKKR Racing Team, Markus Reiterberger, cemelrang mengesahkan kejuaraan selaku juara kategori ASB1000 sekaligus ditabal juara Asia.
Perlumbaan menarik itu pada awalnya menyaksikan Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman mengisi kedudukan hadapan di belakang pendahulu, Reiterberger yang memang dari awal mendominasi perlumbaan.
Kedudukan itu bertahan sehinggalah di pusingan terakhir, Zaqhwan gagal membuat percubaan memintas Reiterbeger sekaligus menyaksikan pelumba Jerman itu merampas gelaran juara Asia milik Zaqhwan tahun lalu selepas pastikan kemenangan lima kali berturut-turut.
Tempat kedua milik Zaqhwan -- podium kali kelima berturut juga sementara rakan sepasukan Reiterberger, Azlan Shah melengkapkan kedudukan podium.