ARRC
ARRC: Keletihan bukan alasan Akid Aziz pamer aksi cemerlang di Mandalika
Menjelang Perlumbaan Kejuaraan Motosikal (ARRC) di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Indonesia, pelumba kategori Underbone 150, Md Akid Aziz berkongsi bahawa dia masih dalam momentum terbaik.
Ini kerana dia baru sahaja meraih kejuaraan sulung pada perlumbaan kedua di Litar Mobility Resort, Motegi, Jepun.
Menurut Akid, dia juga akan terus bekerjasama bersama mekanik pilihannya untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan podium selepas beraksi cemerlang dalam aksi pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu lalu.
Iklan
Biarpun merasakan tidak memiliki waktu rehat yang cukup, namun Akid tidak menganggap itu sebagai penghalang untuk terus mengharumkan nama negara bersama rakan seperjuangan, Nazirul Izzat Bahauddin yang turut pamer aksi memukau pada ARRC sebelum ini.
"Walaupun baru habis CubPrix tapi berlumba di litar yang besar(Litar Mandalika), tidak menjadikan keletihan sebagai alasan.
"Apa yang saya lihat pada Nazirul, dia adalah seorang pelumba yang hebat di perlumbaan Asia ini, dan bagi saya kita akan sentiasa lakukan yang terbaik," katanya.
Must-Watch Video